Monday 21 March 2011

INFO SEJARAH


Peristiwa Bukit Kepong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong adalah kesan kekejaman 
pengganas komunissemasa keadaan darurat selepas Perang Dunia II.
Dalam kejadian tersebut balai polis Bukit Kepong diserang oleh 
segerombolan 180 orang pengganas komunis bermula sekitar 
jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950.
Dalam kejadian tersebut, para anggota polis berjuang habis-habisan 
sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis marin
turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan 
mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan 
Dalam mempertahankan balai polis Bukit Kepong, 17 orang anggota telah 
terkorban.

Isi kandungan

 [sorok]

[sunting]
Permulaan

Kejadian Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah 
yang berlaku pada23 Februari 1950 antara pihak polis dan Parti Komunis 
Malaya semasa sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Pertempuran ini berlaku 
di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis 
yang diperbuat daripada kayu ini terletak ditebing sungai Muar, sekitar 59 km 
dari bandar Muar, Johor, Malaysia.
Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan 
serangan gerila ke balai polis. Ia berakhir dengan tragik dalam penyembelihan 
berdarah dengan penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang 
bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu 
tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan 
Komunis. Apabila mereka memulakan pengepongan, pihak penyerang percaya 
bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal stesen polis 
tersebut dalam tempoh yang singkat. Ini disebabkan beberapa faktor yang 
menyebelahi mereka:
  1. Kelebihan senjata dan jumlah keanggotaan
  2. Keadaan balai polis yang terpencil
Balai Polis Bukit Kepong terletak diselekoh sungai Muar, sebuah perkampungan
kecil yang terpencil dengan sekitar dua puluh buah rumah dan kedai. Menjelang 
awal 1950, ia merupakan tumpuan pergerakan pihak komunis di situ. Ketika itu 
balai polis itu diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) Sarjan Ray Dancey, yang 
pernah berkhidmat di Palestin. Ketika serangan ke atas balai tersebut, beliau 
telah lama ditukarkan dan jawatannya diambil alih oleh Sarjan Jamil Mohd Shah, 
kemungkinannya perkara yang diketahui oleh penyerang komunis.
Selain itu terdapat platun campuran 15 anggota polis Tugas Am dan Konstabel 
Polis Marin pimpinan Sarjan Jamil sendiri. Ketika itu pasukan ini turut 
diperkukuhkan oleh tiga konstabal polis khas dan empat Polis Tambahan bagi 
tugas mengawal dan lain-lain, yang menjadikan 22 orang anggota kesemuanya.
Tiga belas isteri dan anak-anak anggota tinggal di berek kelamin di sebelah 
belakang Balai. Sistem perhubungan yang sukar adalah sebab utama 
penempatan pasukan polis marin di situ malah, pengangkutan utama ke 
Bukit Kepong adalah dengan menaiki bot menyusuri Sungai Muar.

[sunting]
Serangan Komunis

Menurut saksi, terdapat sekitar 200 orang pengganas komunis daripada 
Kompeni Bebas ke-4 yang menyerang dan dipercayai diketuai oleh Muhammad
 Indera, Komunis [[Melayu] di mana pada awal rancanganya Muhammad 
Indera dimaklumkan bahawa serangan itu sebagai amaran sahja, 
bagaimanapun ia bertukar menjadi tragedi buruk, ia juga disertai oleh 
Komisser Goh Peng Tun. Pihak komunis mengepong balai Polis dengan 
separuh di bahagian hadapan, bakinya mengelilingi balai polis tersebut. 
Pertempuran bermula sekitar 04.15 pagi. Apabila Konstabel Jaffar bin 
Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis yang 
sedang memotong kawat duri balai tersebut. Pihak komunis kemudiannya 
menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan. 
Mereka berharap serangan ini mengejutkan pihak polis tetapi kini berhadapan 
dengan tentangan hebat anggota-anggota polis tersebut, terutamanya daripada 
dua kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah bilik Kawalan.
Sungguhpun lebih sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Sgt Jamil Mohd Shah
enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka 
menyerah. Satu persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan 
dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati 
suami mereka terkorban semasa pertempuran. [1]
Sekitar pukul 5 pagi pasukan Polis Bantuan beserta sekumpulan penduduk 
kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan senapang patah digerakkan 
di Kampong Jawa di bawah pimpinan penghulu Ali bin Mustaffa, dan bergerak 
untuk membantu. Mereka diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk
menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang kampung serta 
pihak komunis juga turut terkorban dalam pertempuran dikawasan itu. Sekitar 
masa ini, kedua-dua kedudukan Sten Gun turut dimusnahkan komunis.
Sekitar pukul 7 pagi, pihak komunis menawan seorang isteri polis Mariam 
Ibrahim, isteri kepada Konstebel Mohamad Jaafar. Dikhabarkan, ketua 
kumpulan komunis, Mat Indera memaksa Mariam merayu agar pihak polis 
menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Jamil sendiri. Pada masa ini Fatimah 
Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis 
menyerah. Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang 
habis-habisan. Apabila mereka enggan menyerah, Mariam dicederakan dan 
Fatimah dibunuh. Suami Fatimah, Konstabel Abu Bakar Daud yang bertugas 
sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang pihak komunis 
sehingga cedera setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.


Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek kelamin 
dan balai polis. Dua wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam 
berek kelamin. Pada ketika itu hanya 3 orang anggota polis dan seorang 
pengawal kampung yang masih hidup. Mereka meluru keluar dari balai yang 
terbakar dan merempuh kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya 
tiga dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka. Pihak komunis 
terus menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang 
terbakar itu. Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong disebelah barat 
menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai 
serangan ini.
Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan 
balai polis dan membakar balai tersebut. Mereka kemudian berundur kedalam 
hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian. Pihak komunis turut 
melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam 
api. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada Konstebal Abu 
Bakar yang dicampak hidup-hidup kedalam api.
14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, 
isteri Abu Bakar Daud (adalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak 
mereka terbunuh dalam kejadian tersebut. Jumlah kematian adalah 25 orang. 
Mereka yang terselamat pertempuran maut itu adalah 4 anggota polis dan 9 
ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka.

[sunting]
Bantuan dari perkampungan berdekatan

Semasa serangan tersebut, bantuan dihantar dari Kampung Tui semasa 
pertempuran bergema kebeberapa kampung berdekatan. Sekumpulan 
penduduk yang diketuai oleh Penghulu Kampung Ali Mustafa dari Kampung 
Tui diiringi oleh 13 AP/HG (Polis Bantuan - Auxiliary Police/Pengawal 
Kampung - Home Guard). Mereka diserang hendap oleh komunis dalam
perjalanan sekitar setengah kilometer dari stesen pokis Bukit Kepung. 
Mereka kekurangan senjata berbanding komunis yang menggunakan senjata 
automatik berbanding raifal dan senapang patah yang dibekalkan kepada 
penduduk kampung. Beberapa pengawal kampung tercedera dan terbunuh. 
Walaupun tersekat, kehadiran mereka mengurangkan tekanan kepada pasukan 
bertahan di Bukit Kepung dan memaksa pengunduran umum komunis.
Disebabkan keadaan tidak seimbangan, Ali Mustafa mengarah pengawalnya 
berundur sementara yang lain diarah mempertahankan kawasan sekeliling 
bandar Bukit Kepong. Pihak komunis akhirnya berundur selepas membakar 
pejabat kampung dan merompak beberapa kedai.
Pada masa yang sama, sekumpulan pegawal kampung lain dari Kampung 
Durian Chondong menggunakan sampan berkayuh kearah Bukit Kepong bagi 
memberi bantuan. Dalam perjalanan, mereka turut diserang hendap oleh 
komunis. Hanya separuh daripada 7 penduduk dalam kumpulan tersebut 
terselamat untuk terus ke Lenga. Mereka sampai kesana pada 10am dan 
ketika itu berita mengenai serangan keatas balai polis Bukit Kepong 
disampaikan. [2]

[sunting]
Selanjutnya


Apabila pengawal kampung memasuki kampung Bukit Kepong, mereka dapat melihat kemusnahan akibat serangan kejam tersebut. Ketua kampung mengambil alih pentakbiran pos luar tersebut sehingga diganti oleh pasukan polis dari Muar. Pertempuran Bukit Kepong dianggap sebagai kekalahan tragik yang bagaimanapun mengukuhkan lagi semangat kerajaan dan penduduk untuk memerangi pengganas komunis. Sepasukan kecil berjuang menentang pasukan yang jauh lebih besar meningkatkan semangat dan moral dalam perjuangan menentang komunis. Terdapat pendapat yang menyamai peristiwa Bukit Kepong dengan Alamo, di mana anggota polis Bukit Kepong sama seperti penduduk (Texans) berhadapan dengan cabaran yang hebat dan berjuang sehingga ketitisan darah terakhir.

[sunting]

Mereka yang terselamat
Anggota Polis
  1. Konstabel 10533 Othman Yusoff (meninggal);
  2. Konstabel Marin 37 Abu Bakar Daud (meninggal);
  3. Konstabel Tambahan 3472 Ahmad Khalid (meninggal);
  4. Konstabel 7645 Yusoff Rono (78 tahun pada tahun 2000,  meninggal dunia pada tahun 2005)
Ahli keluarga anggota
  1. Mariam Ibrahim - balu Konstabel Muhamad Jaafar
  2. Zainun Muhamad - anak perempuan Konstabel Muhamad Jaafar
  3. Abu Samah Muhammad - anak lelaki Konstabel Muhamad Jaafar
  4. Zaleha - anak perempuan Konstabel Muhamad Jaafar
  5. Jamilah - anak perempuan Konstabel Marin Abu Bakar Daud
  6. Hussain - anak lelaki Konstabel Marin Abu Bakar Daud
  7. Fatimah Abdul Manan @ Timah Lawa - isteri Konstabel Hassan Osman
  8. Pon Khalid - isteri Konstabel Marin Awang Ali
  9. Fatimah Tuani - isteri Konstabel Hamzah Ahmad
  10. Edmund Ross Williams Hunt - orang asli bertugas sebagai pemandu arah

[sunting]
Mereka yang gugur dalam pertempuran

Anggota Polis
  1. Sarjan 2493 Jamil Mohd Shah (KPB Bukit Kepong)
  2. Koperal 7068 Mohd Yassin Haji Wahab (T/KPB Bukit Kepong)
  3. Lans Koperal 7168 Jidin Omar
  4. Konstabel 9136 Hassan Osman
  5. Konstabel 3933 Hamzah Ahmad
  6. Konstabel 8600 Jaafar Hassan
  7. Konstabel 7493 Muhamad Jaafar
  8. Konstabel 5674 Abu Mohd Ali
  9. Konstabel 7862 Abu Kadir Jusoh
  10. Konstabel Marin 60 Ibrahim Adam
  11. Konstabel Marin 68 Awang Ali
  12. Konstabel Marin 181 Basiron Adam
  13. Konstabel Tambahan 3475 Mohd Top Lazim
  14. Konstabel Tambahan 3795 Jaafar Arshad
Polis Bantuan
  1. Ins. Kudarina Naknok
  2. AP 2130 Samad Yatim
  3. AP Mahmood Saat
  4. AP 1925 Ali Akop
  5. AP 2127 Othman Yahya
Keluarga Anggota
  1. Allahyarhammah Fatimah Yaaba - isteri kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
  2. Hassan Abu Bakar - anak lelaki kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
  3. Allahyarhammah Saadiah - isteri kepada Konstabel Abu Mohd Ali
  4. Allahyarhammah Simah Abu - anak kepada Konstabel Abu Mohd Ali
Anggota Polis Bantuan (AP) dan Pengawal Kampung yang terkorban dalam pertempuran diluar balai polis
  1. AP Redzuan Alias
  2. Embong Lazim
  3. Mendiang Koh Ah Cheng

[sunting]